Ahli-ahli Kumpulan Kumpulan_Spider

Pada awal penubuhannya, Spider terdiri daripada 4 orang anggota asal iaituĀ :

  1. Tam - vokal & gitar
  2. Hanafi (Nafie) - gitar
  3. Aie - dram
  4. Tony - bass

Akan tetapi, Spider mengalami perubahan anggota apabila pemain bass asalnya iaitu Tony mengambil keputusan untuk berundur dari kumpulan ini. Tempat Tony telah digantikan oleh Is, bekas pemain bass kumpulan Bau yang sudah lama mengenali anggota-anggota asal Spider. Berikut merupakan senarai anggota Spider yang terkiniĀ :

  1. Tam - penyanyi & gitar
  2. Hanafi (Nafie) - gitar
  3. Aie - dram
  4. Is - bass (ahli baru menggantikan Tony)

Pemain dram Spider, Aie merupakan adik kepada pemain gitar utama kumpulan Exists iaitu Mohd Azhrul Nasir atau lebih dikenali sebagai Along.